Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Anda Tak Banyak Duit - Siri 4

Photo by rawpixel.com from Pexels
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Mari Sambung Dengan Tips Menyimpan Duit

Dibawah saya sediakan artikel Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Anda Tak Banyak Duit. Dan pada Siri yang ini, juga saya hanya memberi 1 tips sahaja dulu. Kita akan sambung dalam entri seterusnya.

Jom, baca dan fahamkan

7. Nilai Semula Matlamat Simpanan Anda.

Cuba anda buat begini, tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Kemudian tolak juga cukai.

Lihat berapa banyak bezanya?

Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda?

Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan.

Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.


Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan anda.

Jika anda rancang dalam masa 2 tahun untuk beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk anda beli


Angah Wan
Dari Meja Penulis

Tips : Mula Meniaga Tidak Semestinya Dengan Modal Besar. Cukuplah bermula Dengan Apa Yang Ada. Jika Mahu Cuba Bermula Dengan Serendah RM10.00. Klik Link Ini Untuk Tanya Kami Lebih Lanjut Mahu Info Bisnes Mula RM10

Comments