Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Anda Tak Banyak Duit - Siri 3

Saving Money Duit Kaya Rumah
Photo by rawpixel.com from Pexels
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Mari Sambung Dengan Tips Menyimpan Duit

Dibawah saya sediakan artikel Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Anda Tak Banyak Duit. Dan pada Siri yang ini, juga saya hanya memberi 1 tips sahaja dulu. Kita akan sambung dalam entri seterusnya.

Jom, baca dan fahamkan

6. Kurangkan Perbelanjaan Anda.

Dah rekodkan perbelanjaan anda?

Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu.

Anda mungkin akan terkejut apabila anda melihat kembali rekod perbelanjaan anda: RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak anda).

Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan.

Dan yang anda boleh kurangkan.

Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar.

Apa yang penting?

Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.

Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.

Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu berapa banyak anda dapat jimat.

11 soalan di bawah boleh digunakan untuk anda bertanyakan kepada diri anda mana yang anda boleh potong kos hidup anda.

  1. Bolehkah anda bergerak ke sebuah apartmen atau rumah yang sewanya lebih murah?
  2. Bolehkah anda membiayai semula (refinance)?
  3. Bolehkah anda menjimatkan wang pada minyak, atau tidak menggunakan kereta langsung? Jika keluarga anda mempunyai banyak kereta, bolehkah anda menggunakan hanya satu?
  4. Bolehkah anda mendapatkan kadar caj yang lebih baik untuk insurans anda? Telefon bank-bank dan syarikat insurans yang ada dan pastikan anda mendapat harga terbaik.
  5. Bolehkah anda berhenti menggunakan telefon landline (talian darat) dan menggunakan telefon bimbit anda atau menyimpan wang dengan menghubungi melalui internet secara percuma dengan perkhidmatan seperti Skype?
  6. Bolehkah anda hidup tanpa Astro?
  7. Bolehkah anda mengurangkan bil-bil utiliti (telefon, elekktrik dan air) anda?
  8. Bolehkah anda mengurangkan makan di luar?
  9. Bolehkah anda membeli bahan makanan secara banyak-banyak untuk mengelakkan anda kerap keluar?
  10. Bagaimana dengan menggunakan kupon?
  11. Boleh anda masak di rumah? Anda mungkin dapat menjimatkan wang yang banyak apabila membeli banyak-banyak sekali gus.

Beli hanya semasa diskaun TETAPI jangan jadikan alasan untuk membeli sepanjang masa ada diskaun. Kadang-kadang itu adalah trik pasaraya dengan letak harga tinggi dan cakap ada diskaun sebanyak tu.

Shopping Supermarket Mall Pasaraya Duit Belanja
Photo by freestocks.org from Pexels

Berhati-hati dengan taktik pasaraya.

Jika anda boleh jimat berbelanja sampai 50% pun dah bagus dah.


Angah Wan
Dari Meja Penulis

Tips : Mula Meniaga Tidak Semestinya Dengan Modal Besar. Cukuplah bermula Dengan Apa Yang Ada. Jika Mahu Cuba Bermula Dengan Serendah RM10.00. Klik Link Ini Untuk Tanya Kami Lebih Lanjut Mahu Info Bisnes Mula RM10

Comments