Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Anda Tak Banyak Duit - Siri 1

Duit Syiling Online Cara
https://www.pexels.com/search/saving/

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua orang mahu mempunyai simpanan duit sendiri, dan semua orang mahu jadi Kaya.

Tetapi betulkah langkah dan tindakan anda pada masa kini memang menuju Matlamat yang anda impikan?

Dibawah saya sediakan artikel Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Anda Tak Banyak Duit. Dan pada Siri yang Pertama ini, saya hanya memberi 3 tips sahaja dulu. Kita akan sambung dalam entri seterusnya.

Jom, baca dan fahamkan

1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.

Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.

Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur

2. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda



Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?

Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.
Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.

Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tu.

3. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan

Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”

Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.

Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.

Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda akan merasa kecewa.

Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan.

Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.


Angah Wan
Dari Meja Penulis

Tips : Mula Meniaga Tidak Semestinya Dengan Modal Besar. Cukuplah bermula Dengan Apa Yang Ada. Jika Mahu Cuba Bermula Dengan Serendah RM10.00. Klik Link Ini Untuk Tanya Kami Lebih Lanjut Mahu Info Bisnes Mula RM10

Comments