Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Anda Tak Banyak Duit - Siri 2


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Mari Sambung 2 Tips Menyimpan Duit

Dibawah saya sediakan artikel Tips Untuk Menyimpan Duit Walaupun Anda Tak Banyak Duit. Dan pada Siri yang ini, juga saya hanya memberi 1 tips sahaja dulu. Kita akan sambung dalam entri seterusnya.

Jom, baca dan fahamkan

4. Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.

Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.

Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.

YA. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.

Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.

Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.

KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja.
Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda.

5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.



Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.

Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shaversatau syampu dan lain-lain.

Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.

Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.

Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.


Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.


Angah Wan
Dari Meja Penulis

Tips : Mula Meniaga Tidak Semestinya Dengan Modal Besar. Cukuplah bermula Dengan Apa Yang Ada. Jika Mahu Cuba Bermula Dengan Serendah RM10.00. Klik Link Ini Untuk Tanya Kami Lebih Lanjut Mahu Info Bisnes Mula RM10

Comments